Ibu bapa mesti tidak asing dengan tangisan anak apabila tiba waktunya anak ingin tidur terutamanya pada malam hari. Lama kelamaan, ibu bapa pun boleh menjadi stress apabila hadapi masalah ini pada setiap hari. Jangan risau, kami di sini akan membantu anda dengan memberi serba sedikit tips untuk baby tidur dengan lena.
1. Cukup Makan
Pastikan bayi diberikan susu yang mencukupi sebelum tidur untuk mengelakkan bayi terjaga pada waktu tengah malam.
2. Urutan
Lakukan urutan lembut pada badan baby termasuk juga tangan dan kaki. Penggunaan minyak bayi ataupun losen juga boleh membantu proses urutan dan harumannya boleh membuatkan baby tidur lena.
3. Pakaian
Pakaian juga penting untuk memudahkan baby tidur lena. Pastikan anda memakaikan baby pakaian yang sesuai dan selesa untuk baby tidur.
4. Rutin Tidur
Ajar si manja untuk tidur pada waktu yang sama. Sebagai contoh, bawa baby tidur terus pada jam 9 malam setiap hari. Dengan cara ini, baby akan terikut dan tidur pada waktu yang sama.
5. Beza siang dan malam
Anda perlu didik baby untuk bandingkan tidur siang dan malam dengan membiarkan bayi tidur di bakul bayi pada siang hari dan tidur di katil bayi untuk waktu malam.
Akhir kalam, terdapat banyak cara ataupun tips untuk bayi tidur lena. Kita sebagai parents perlu memastikan bayi tidur dengan cukup lena supaya anak tidak mudah meragam atau buat perangai apabila mereka bangun dari tidur. Kami berharap dengan tips yang telah kami berikan ini akan memudahkan kerja para parents untuk tidurkan anak.
Cadangan produk kami
Link untuk ke product kami : https://www.toyspark.my/collections/koopers-collection/products/koopers-automi-pro-black