icon-search
icon-search

Tips Ajar Anak Cepat Membaca

Tips Ajar Anak Cepat Membaca

Pada zaman serba modern ini, segelintir anak-anak di dalam Malaysia ataupun di luar negara lambat untuk mula pandai membaca. Salah satu sebab anak-anak lambat membaca ialah mereka tidak dapat pendedahan yang betul dari ibu bapa atau cikgu di tadika. Di sini kami akan memberi serba sedikit tips untuk ajar anak cepat membaca.

1. Membaca dengan jelas dan kuat

Ibu bapa boleh membacakan buku kepada anak-anak mereka semenjak mereka masih kecil dengan kaedah "Read Aloud,"yang bermaksud membaca dengan sebutan yang lebih jelas dan kuat. Kaedah ini amat membantu anak-anak membina bahasa mereka. 

2. Kaedah Fonik

Pendedahan kepada membaca secara bunyi dipanggil fonik. Meniru bunyi bayi dan menggabungkan huruf. Anda akan terkejut dengan hasilnya jika anda menggunakan silibus bahan bacaan fonik secara konsisten setiap hari.

3. Ajar anak secara konsisten

Semua ibu bapa dan guru bertanggungjawab mengajar anak mereka membaca. Oleh itu, untuk mengelakkan diagnosis yang salah, kita mesti terus mengajar anak dengan cara yang betul. \

4. Proses pembelajaran

Sebenarnya, membaca ialah kemahiran yang perlu dikuasai dan dipelajari. Tidak ada orang yang boleh membaca sendiri tanpa diajar langkah demi langkah. Teruskan belajar dan mengajar anak membaca dengan membaca banyak buku bersama mereka setiap hari.

Kesimpulannya, Kita sebagai ibu bapa yang berwibawa perlu sentiasa mendidik anak-anak membaca dengan kaedah dan cara yang betul supaya mereka boleh membaca dengan lebih cepat. Kami berharap dengan tips yang telah kami kongsikan di atas dapat membantu para ibu bapa di luar sana dalam mengajar anak mereka.

.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping