Kepada para ibu yang baru sahaja melahirkan anak pasti akan memikirkan cara untuk bayi kekal sihat,bukan? Jangan risau, kami di sini akan sentiasa bantu para ibu ayah di luar sana untuk menyeesaikan apa jua masalah tersebut. Kami akan share beberapa tips yang berguna untuk mengekalkan kesihatan bayi.
1. Membersihkan permukaan yang mungkin disentuh anak
Selain mengelap dan membersihkan habuk, permukaan yang digunakan mesti dibersihkan setiap hari dengan cecair pembasmi kuman seperti Dettol untuk menghapuskan kuman dan kotoran yang ada.
2. Membasmi kuman sebelum merebak
Pakaian kotor bayi di dalam bakul mudah terdedah kepada kuman, terutamanya apabila dibiarkan terlalu lama. Membasuh pakaian dengan bahan cucian antibakteria yang selamat pada kulit boleh melindungi anak daripada jangkitan dan memastikan mereka selesa.
3. Sentiasa basuh tangan
Untuk menghalang penyebaran kuman, pastikan tangan anda sentiasa bersih. Sebelum mengangkat atau bermain dengan si kecil, gunakan cecair pembasmi kuman kerana anda menggunakan tangan anda dalam semua perkara.
4.Hadkan interaksi dengan anak
Ibu bapa dinasihatkan untuk mengurangkan bilangan orang yang mereka ziarahi sekurang-kurangnya selama dua minggu pertama. Cuba elakkan orang baru untuk mencium atau memeluk anak anda sementara anak anda masih belum menerima vaksin.
5. Rutin tidur
Tentukan jadual tidur untuk anak anda dan jadual tidur untuk anda sendiri. Mungkin rutin ini tidak akan berlaku pada masa yang sama setiap hari seperti tugasan lain yang anda miliki, tetapi tidur adalah cara terbaik untuk memberi diri dan badan anda rehat sepanjang hari.
Akhir kalam, banyak cara untuk mengekalkan kesihatan anak. Ibu ayah juga tidak perlu risau dengan kesihatan anak apabila mengikuti tips-tips yang telah kami share di sini secara konsisten. Kami berharap dengan tips yang telah kami berikan ini dapat sedikit sebanyak membantu para ibu ayah di luar sana.